Kesan makanan halal dalam pembentukan Syakhsiah


1. Membina sifat kepimpinan.

2. Syeikh Nasir bin Muhammad Al-Samarqandy mengatakan jika manusia memiliki 6 ciri-ciri berikut layak menjadi pemimpin:

1. Mempelajari ilmu daripada para ulamak.

2. Bergaul dengan orang-orang yang warak.

3. Sumber makanannya daripada yang halal.

4. Mengajar ilmu agama kepada keluarga.

5. Memilki keperibadian yang warak dan alim.

6. memberi nafkah secukupnya kepada ahli keluarganya.

3. Memudahkan beribadat. Makanan yang halal mendatangkan keberkatan dan rajin beribadat dan menimbulkan rasa benci kepada maksiat.

4. Menjaga agama dan maruah diri.

5. Membentuk sifat warak.

6. Mengalirkan Nur dan Hikmah Dalam hati. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa makan makanan yang halal selama 40 hari nescaya Allah mengalirkan hikmah dan Nur Allah dalam hatinya dan hikmah akan turun dalam hatinya. ( HR Abu Naim.)

7. Membentuk keimanan hakiki. Sahal Al-Tasturi berkata seseorang akan mencapai keimanan hakiki apabila memiliki 4 perkara;

1. Menunaikan segala yang difardhukan dengan diiringi amalan sunat.

2. Memakan yang halal dengan penuh kewarakan.

3. Menjauhi segala larangan Allah zahir dan batin.

4. Bersabar dalam setiap masa.


Kebersihan hati dan tubuh badan


Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)” Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.

Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.

Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”

Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita.

Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.”

Justeru, penjagaan hati ini adalah perkara yang utama. Hati kita adalah segumpal darah yang mengandung sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu berasal dari makanan yang kita makan. Kalau makanan kita bersih dan halal mengikut syariat Islam, maka sel dan zat itu juga bersih sehingga hati kita juga akan bersih. Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu kotor, haram dan syubhat, baik benda itu haram atau wang yang digunakan untuk membelinya haram, maka sel dan zat-zat besi, atau zat-zat yang membina hati kita itu kotor, busuk dan gelap.

Hati seperti wadah yang terbuka. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik dari Allah sebab Allah tidak akan memberi taufik dan hidayah kepada hati yang kotor. Sama halnya kita tidak akan memasukkan makanan ke dalam piring yang kotor. Apalagi taufik dan hidayah dari Allah itu sangat tinggi harganya.

Bila hati tidak dapat melihat kebenaran maka tidak akan terasa kebesaran, kehebatan, kasih sayang dan didikan dari Allah, tidak terasa anugerah, penjagaan, pengawasan dan pembelaan Allah. Kalau hati tidak mendapat hidayah dan taufik lagi maka kita akan menjadi orang yang sesat dan selalu terlibat melakukan maksiat dan mungkar.

Bersabda Rasulullah SAW :
“Dalam diri anak Adam itu ada segumpal daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Al Bukhari & Muslim)

Firman Allah :
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.” (Al Maidah : 88)

Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan sedar bahawa benda yang kita makan itu haram maka kita akan berdosa dan hati kita akan gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubhat itu kita makan, tanpa diketahui bahawa benda itu haram dan syubhat maka kita tidak berdosa tetapi hati kita yang dibina dari makanan itu tetap akan gelap.

Atas dasar itulah Sayidina Abu Bakar As Siddiq mengorek kembali makanan yang telah ditelannya hingga muntah-muntah, setelah dia mengetahui bahwa makanan itu sumbernya adalah syubhat. Amirul Mukminin itu merasa cukup takut bila makanan itu akan membutakan hatinya. Setelah mengorek makanan itu, dengan rasa bimbang kalau ada sisa-sisa makanan tersebut yang masih ada dalam perutnya, maka beliau pun berdoa,

"Ya Allah, jangan Engkau bertindak kepadaku akan apa yang telah jadi darah dagingku."

Hal ini menunjukkan betapa, perkara haram itu memberikan bahana yang besar terhadap seorang mu’min. Samada kita tahu atau tidak tahu perkara itu haram, maka yang haram tetap haram, tetap memberikan kesan terhadap hati kita. Kita tidak berdosa jika memakan makanan haram tanpa kita ketahui keharamannya, tetapi hati kita tetap terbina dari perkara yang haram itu.

Kalau kita pergi ke sebuah negara bukan Islam, tiada tanda halal, tiada pula kawasan yang menyatakan tidak halal dan sebagainya, maka kita perlu lebih sensitif mengenai penjagaan halal haram ini. Sebaiknya jika tiada keperluan ataupun darurat, maka lebih digalakkan untuk kita memasak di rumah. Hal ini kerana, keadaan itu sudah jatuh kepada keadaan syubhah. Menjaga diri dari syubah adalah amat dituntut.

Alasan tidak pandai memasak bukanlah satu alasan yang kukuh untuk dijadikan sebagai keadaan darurat. Untuk mengejar redha ALLAH SWT, kita sendiri perlu berusaha keras mengikuti perintahNya. Allah SWT tidak ingin sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Justeru kita sendiri perlu berusaha mengikuti apa yang diaturkan olehNya.

Jika kita tidak pandai memasak, maka berusahalah belajar memasak. Moga usaha kita itu, untuk menjaga kebersihan hati kita bagi memudahkan taqarrub kita kepada ALLAH akan diterima sebagai salah satu amal ibadah. Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi hamba-hambaNya.

Mengenai penjagaan dari perkara-perkara syubhah ini, Rasulullah SAW ada bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (H.Riw Bukhari dan Muslim).

Namun ramai yang ambil mudah kepada hadith ini, lalu menutup sebelah mata dan tetap juga memasukkan perkara-perkara syubhah dalam kehidupan mereka. Sedangkan keadaan ketika itu lebih cenderung kepada yang haram, kerana kita bukan di negara Islam, tambah pula yang memasaknya bukan Islam, itu belum lagi termasuk dengan bahan yang digunakan.Akhirnya alasan darurat juga digunakan. Semua mengambil contoh dibolehkan memakan babi oleh Islam untuk membolehkan mereka makan di tempat-tempat syubhah.

Tetapi tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan darurat di dalam Islam? Darurat itu membawa maksud, jika tidak melakukan perkara itu, maka kita tidak akan dapat melakukan perkara lain. Contoh, kalau tidak makan babi itu ketika itu, maka kita akan mati. Maka bolehlah kita memakan makanan tersebut. Kalau sentuh air ketika itu, maka tubuh kita akan tumbuh gatal-gatal yang memeritkan. Maka bolehlah bertayammum.

Adakah kita sudah mencapai tahap sedemikian untuk mengambil perkara-perkara yang syubhah, sedangkan perkara yang jelas halal masih banyak di sekeliling kita?

Allah SWT berfirman, "(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Al-A'laa : 16-17)

Itulah sebenarnya yang ada dalam hati dan jiwa kita.

Hakikatnya, perumpamaan perkara halal kepada yang haram adalah seperti keluasan nikmat seluruh syurga, dengan sebatang pokok khuldi di dalamnya. Yang halal masih banyak, kenapa bergerak mengambil yang syubhah? Sedangkan Rasulullah SAW berpesan di dalam hadtih tadi, sesiapa yang memasukkan dirinya ke dalam kesamaran, maka dia memasukkan dirinya ke dalam yang haram.

Saya kembali kepada penjagaan hati. Makanan kita membina hati kita. Kita sepatutnya sensitif dalam menjaga hati kita. Hati adalah bejana keimanan, hati juga adalah ibu kepada pemikiran kita. Kalau rosak hati kita, maka rosaklah segala kehidupan kita dalam menjadi hamba yang baik kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, kesukaran yang kita hadapi dalam menjauhi perkara-perkara haram dan syubhah, akan Allah bayar atas kesungguhan ketaatan kita kepadaNya. ALLAH SWT berfirman; “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.” (At Taubah : 111)

Kesukaran kita akan dibayar oleh ALLAH SWT. Itu adalah sesuatu yang pasti.

Maka jagalah hati kita dengan menjaga diri kita dari dimasukkan sesuatu yang sumbernya haram atau syubhah. Hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT!

konsep Halal


UMAT manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal. Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syarak. Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Kita perlu mengubah tanggapan mereka bahawa makanan yang halal bukan makanan daripada babi sahaja tetapi juga meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam. Antara konsep yang perlu diambil perhatian adalah:

Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.

1. Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan. Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.

2. Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat untuk mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. Begitu juga dari segi pengangkutan. Adakah barang makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan bahan makanan yang haram disisi Islam seperti daging khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.

3. Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.

4. Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula.

5. Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah dari segi penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkan dalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka restoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal dalam Islam.

Jika semua konsep asas ini dapat dijelaskan dengan sempurna kepada masyarakat bukan Islam, nescaya tidak akan berlakunya masalah dan kes sosej yang diproses dengan usus khinzir dan kes-kes yang lain. Atas dasar ini, beberapa langkah efektif perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan untuk memastikan masyarakat bukan Islam memahami dengan jelas apa sebenarnya konsep halal-haram pemakanan dalam Islam. epada masyarakat bukan Islam.

Masyarakat yang maju adalah yang maju dari semua segi bukan sahaja dari segi pembangunan material sahaja tetapi dari segi kemajuan insani yang jitu dan mapan. Atas dasar itulah pemakanan yang sempurna dan halal mengikut kehendak syarak membawa kepada keutuhan iman dan kegemilangan sesebuah bangsa itu.

Kewajipan mencari yang halal

Maksudnya;

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyir r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuhdalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul darah, yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.

Pentingnya Halalan Toyyiba

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.
1. Mengapa perlu Halal? Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.
a. Perintah Tuhan Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya: “Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)". (Surah al-Baqarah: 168)
Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan: “Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)
Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)
b. Mengelakkan daripada azab Neraka Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat. Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani) Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)
c. Doa makbul Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan. Rasulullah bersabda: “Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim) Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)
d. Diterima Amalan Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan. Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)
e. Hati bersih Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”
2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa
Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.” Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:
a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Persoalan halal: Air tangan Kuffar


Sama-sama kita hayati dan renungkan;
1. Manusia kafir / kuffar / kafirun - mereka ini adalah tidak HALAL dan TIDAK SUCI dari segi AGAMA ISLAM kerana mereka tidak mandi hadas/junabah, tidak SAMAK kalau pegang anjing /bab1 , tidak basuh berak [lap saja] , tidak basuh selepas membuang air kecil.
2. Sentiasa berada dalam kekufuran [tidak beriman] dan HADAS , erti kata lain mereka adalah NAJIS. Kalau mereka sendiri tidak HALAL dan SUCI, bagaimana makanan yang mereka buat
boleh diketagori HALAL????
4. Mereka tidak Tahu HUKUM THOHARAH ; jenis air yang boleh dan tidak boleh digunakan; mana satu najis kecil / besar . Bagi mereka pegang anjing tidak apa - macam pegang kucing saja. Peluk cium anjing sebelum buat makanan , bancuh tepung buat kek/roti, biskut dll apakah kesannya bila manusia kuffar buat makanan?
Rujukan 1:
Surah Al Baqarah - Ayat 168 - 169
“Maksudnya lebih kurang: Wahai Manusia , Makanlah kamu apa yg di ada di bumi ini yang Halal lagi baik - “Halalan Thoyyiba”. Janganlah kamu mengikut langah syaitan kerana mereka itu musuh kamu yang nyata. Sesungguhnya mereka menyeru kamu ke arah kejahatan [kemungkaran] dan mengatakan terhadap Allah apa yg kamu tidak tahu’
Rujukan 2:
Hadis Nabi - mafhumnya: Sesunggunhnya Halal itu jelas, haram pun jelas dan di antara keduanya adalah ’syubhah’ , di mana ramai yang tidak tahu. Para Ulama berpendapat bahawa perkara Shubhah adalah cenderung ke arah Haram . Tidak ada syubhab cenderung kepada Halal.

Pendapat Ulamak: subhah hampir haram

Mafhum Ayat :
Allah menyuruh kita manusia makan makanan yang halal dan baik. Ini bermakna bukan makan halal saja tetapi kena baik [thoyyiba] Ertinya halal saja tidak cukup [sekadar ada logo halal saja tidak memadai] , tetapi kena juga diselidiki adakah ianya baik ; Baik dari segi Jasmani [protin, kabohidrat, gelatin, kolagen , garam, gula, kaffein, asid, lemak, dan lain-lain] atau baik dari segi RUHANI - adakah makanan itu boleh merubah RUHANI manusia dari KEGEKAPAN KEPADA CAHAYA[MINAL ZULUMAT TU IALNNUR], atau dari tidak beriman kepada iman ATAU SEBLIKNYA DARI IMAN kepada KUFUR DAN JUGA kesan jangka panjangnya.
Kalau makanan itu merosak RUHANI / JIWA manusia - iman manusia , ketaatan manusia kepada ALLAH dan Rasul - maka makanan itu adalah tidak baik, walau pun halal atau ada zat protin yang banyak Ayat di atas juga menyatakan - seolah2 makan makanan yang tidak halal dan baik adalah mengikut langkah syaitan. Jadi syaitan memang suka makan yang tidak halal / baik. Jadi JIKA umat manausia makan barang yng tidak halal dan baik, maka mengalirlah darah yang berunsur syaitan dalam badan manusia itu.
Allah suruh manusia makan [FE'EL AMAR 'Kulu'] - ayat suruhan. Apabila di suruh ; adakah ini menjadi kewajipan kepada manusia? ADAKAH WAJIB MAKAN YG HALAL LAGI BAIK?

Makanan halal menurut Al-Quran & Sunnah


1. Makanan halal hanya boleh dikatakan halal apabila yang membuatnya terdiri dari kalangan umat Islam itu sendiri. kerana orang-orang bukan Islam tidak tahu makna HALAL terutama mereka tidak mengerti apa itu Allah dan Rasul.
2. Skop makanan HALAL itu bukan sekadar memakan makanan tersebut, tetapi juga mengambil RUH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut! Tetapi kalau pengusaha/pembuat itu orang kafir, maka pastinya RUH KAFIR itulah yang diambilnya… Na’uzubillah.
3. Dalam Islam, makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani. Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa.
4. Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan. Badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental. Lantaran itu Rasullah s.a.w mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.
Bagaimana Cahaya Kekufuran Memberi Kesan Atas Makanan?
Apabila tangan-tangan kekufuran ini melakukan proses makanan, cahaya kekufuran itu akan melimpah masuk ke dalam makanan. KERANA :-
1. Niat Bukan Kerana Allah 2. Mereka tiada memulakannya dengan Bismillah 3. Berada di dalam Hadas Besar 4. Kafir

IMPLIKASI memakan MAKANAN SYUBHAT

1. Apabila CAHAYA KEKUFURAN (keingkaran) ini melimpah masuk ke dalam makanan yang dimakan, maka akan membiaklah BENIH-BENIH KUFUR di dalam diri tersebut.

2. Maka dari saat itu bermulalah penentangan terhadap Perintah & Larangan Allah dan Rasul sedikit demi sedikit. Bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Kenapa makanan menjadi - MAKANAN SYUBHAT KERANA;-
1. Tiada diniatkan kerana Allah semasa ia dibuat 2. Tiada dimulakan dengan Bismillah. 3. Mengenyangkan tapi tiada berkat. 4. Produk yang diusahakan oleh tangan-tangan kufur. 5. Tiada nur Islam yang boleh merubah hati[ tiada doa, tiada bacaan Nur Ayat Quran 6. Sumbernya diragui.
Keadaan boleh terjadi kerana makanan mempunyai Gelombang. Gelombang dalam Makanan adalah berikut :-
1. Setiap makanan mempunyai Mhz - atau Gelombang .Makanan mempunyai gelombang yang berbeza. 2. Makanan yang segar lebih tinggi gelombangnya daripada makanan kering. 3. Makanan dalam tin mempunyai kosong gelombang dan tiada manafaat langsung. 4. Madu umpamanya mempunyai gelombang sehingga 250Mhz. 5. Lagi tinggi Mhz pada makanan tersebut adalah terlebih baik buat tubuh badan manusia.
GABUNGAN DI ANTARA GELOMBANG & CAHAYA
ApaBila gelombang asli (makanan) bertemu dengan cahaya (nur) agama ISlam , maka
ia akan menghasilkan satu bentuk dinamik yang dipanggil “RELUNG CAHAYA”. Relung cahaya ini akan menghasilkan impak yang memberi bekas pada hati, lidah dan anggota manusia sehingga merubah dari gelap kepada nur.
OLEH ITU APABILA MAKANAN ITU DIBUAT OLEH MANUSIA KUFFAR MAKA IA AKAN MENDATANGKAN KESAN KEPADA JIWA MANUSIA.

Waspadalah wahai manusia

1. ALLAH TELAH MEMBERIKAN PERINGATANNYA KEPADA MANUSIA DALAM AL-QURAN BAHAWA BABI ADALAH HARAM DAN SEGALA YANG BERKAITANNYA ADALAH HARAM.
2. ALLAH JADIKAN BABI SEBAGAI UJIAN KEPADA MANUSIA UNTUK MENILAI SIAPA YANG TAAT DAN SIAPA YANG SEBALIKNYA.
3. SELURUH ANGGOTA BABI ADALAH SERBAGUNA!!!???, MACAM-MACAM BOLEH DIGUNAKAN .....
4.PELBAGAI MAKANAN/MINUMAN DAN BARANGAN PENGGUNA ADA CAMPURAN BAHAN DARI BABI. SAMAADA KULITNYA, TULANGNYA, DAGINGNYA, BULUNYA, LEMAKNYA DAN SEBAGAINYA).
5. WASPADALAH WAHAI ORANG - ORANG YANG BERIMAN..

Makanan harian/ringan

menjual semua barang2 keperluan orang islam....
keropok dan roti..... banyak lagi..
Keropok dari terangganu kita, roti bun dan sebagainya ada juga dijual: hasil /kerja perbuatan tangan-tangan orang islam sahaja. suci lagi bersih....
Beras yang tidak mengandungi racun/bahan pengawit.

Barang yang di jual:

minuman harian, bawang dan sebagainya.
Sabun basuh baju dan pinggan
Bedak, ubat gigi, syampu, sabun mandi dan sebagainya.