Makanan halal menurut Al-Quran & Sunnah


1. Makanan halal hanya boleh dikatakan halal apabila yang membuatnya terdiri dari kalangan umat Islam itu sendiri. kerana orang-orang bukan Islam tidak tahu makna HALAL terutama mereka tidak mengerti apa itu Allah dan Rasul.
2. Skop makanan HALAL itu bukan sekadar memakan makanan tersebut, tetapi juga mengambil RUH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut! Tetapi kalau pengusaha/pembuat itu orang kafir, maka pastinya RUH KAFIR itulah yang diambilnya… Na’uzubillah.
3. Dalam Islam, makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani. Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa.
4. Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan. Badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental. Lantaran itu Rasullah s.a.w mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.
Bagaimana Cahaya Kekufuran Memberi Kesan Atas Makanan?
Apabila tangan-tangan kekufuran ini melakukan proses makanan, cahaya kekufuran itu akan melimpah masuk ke dalam makanan. KERANA :-
1. Niat Bukan Kerana Allah 2. Mereka tiada memulakannya dengan Bismillah 3. Berada di dalam Hadas Besar 4. Kafir